//❤❤ ErYsHa❤❤\\

They The Best

Saturday, December 31, 2011

TIPS: Menjadi Pelajar Cemerlang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Hye semua..!!! paagi ni...erysha nak update blog fasal cara~cara ingin menjadi cemerlang.....nak tahu kan ,,macam mana ?? ok...jum kita tengok kat bawah ni...dan ingat ^^

( Orang yang layak membaca ni adalah umur diantara 7 - 17 tahun )

Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

 ~ Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-1. kita ingat 10 % apayang dibaca
-2. kita ingat 20% apa yang didengar
-3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
-4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan



 ~ Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.


 ~ Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).


 ~ Belajar dalam persekitaran kondusif.


 ~ Pastikan cahaya adalah terang


 ~ Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.


 ~ Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.


 ~ Tahu teknik merangsang memori:
-1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
-2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
-3. mengingat kembali (recall)
-4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)


 ~ Sentiasa awal dan mendahului:
-1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
-2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
-3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
-4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.


 ~ Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.


 ~ Mempunyai teknik membaca yang betul:
-1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
-2. memberikan tumpuan sepanuhnya
-3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
-4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan


 ~ Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.


 ~ Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.


  ~Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.


 ~ Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.


 ~ Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.


 ~ Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).


 ~ Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.


 ~ Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.


  ~Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.


 ~  Mengulang kaji apabila mulai terlupa.


 ~ Tahu petua mengulang kaji
-1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
-2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
-3. duduk tegak dikerusi yang selesa
-4. baca doa penerang hati
-5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
-6. fikir dan ingat kembali isi utama
-7. catat/lakar
-8. semak semula ketepatan maklumat
-9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
-10. buat rumusan
-11. jawab soalan
-12. tampal maklumat yang rumit di dinding
-13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar


 ~ Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.


 ~ Tahu petua-petua agar tidak lupa:
-1. jangan makan kepala ikan
-2. jangan makan organ dalaman
-3. jangan minum semasa makan
-4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
-5. jangan melihat kemaluan
-6. jangan melihat buih
-7. jangan membaca nama pada batu nisan
-8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
-9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
-10. banyakkan makan kekacang
-11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
-12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
-13. jangan kencing berdiri


 ~ Tahu kemahiran mengingat:
-1. tampal nota-nota penting di dinding
-2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
-3. gunakan kaedah akronim
-4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
-5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
33. Cekap mengatur jadual belajar:
-1. mempunyai jadual belajar
-2. patuh kepada jadual
-3. buat jadual yang boleh diikuti


 ~ Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.


 ~ Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.


 ~ Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.


 ~ Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.


 ~ Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).


 ~ Pelbagaikan tempat belajar.


 ~ Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham


 ~ Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.


  ~Ciri-ciri pelajar cemerlang:
-1. taat kepada Allah
-2. mendirikan sembahyang
-3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
-4. hormati & sayangi guru
-5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
-6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
-7. membantu rakan yang memerlukan
-8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
-9. sentiasa bertawakal
-10. mahir dalam setiap mata pelajaran

credits to : Waja Terengganu

thanks coz visit to this entry#ilapusomuch#

 
Free Lines Arrow